Monday, December 20, 2010

Sawancara Filem


Wartawan : Apa khabar Prof?
Pengarah : Baik, tapi aku bukan Prof.
Wartawan : Maafkan saya. Jadi apa perkembangan anda sekarang?
Pengarah : Aku rasa badan sedikit kembang sebab terlalu banyak tidur dan makan. cadangnya tahun depan nak masuk Biggest Loser. Itu pun kalau terpilih.
Wartawan : Maksud saya perkembangan filem anda
Pengarah : ooo filem, bagus. Sekarang sedang memasuki proses dubbing ke dalam bahasa Jawa. kita bercadang untuk mendubbing filem ini lebih dari sepuluh bahasa. Untuk menunjukkan pada dunia yang kita negara multibangsa. 1Malaysia. Filem kita wajah kita.
Wartawan : Selain dari bahasa Inggeris, Melayu dan Jawa, bahasa apalagi yang akan dipilih dalam proses dubbing itu nanti?
Pengarah : Bahasa Tamil, Mandrin, Iban, Kadazan Dusun, Arab, Tagalog dan Bahasa Isyarat. Ada juga bercadang untuk dubbing dalam bahasa Parsi. Tapi khuatir nanti dituduh syiah maka segera aku matikan hasrat.
Wartawan : Boleh cerita secara ringkas sinopsis filem ini?
Pengarah : Filem ini mengisahkan tentang seorang anak mami Penang yang bernama Chombie. Dia gadis yang cantik dan baik. Menjadi kegilaan pemuda-pemuda kampungnya. Maka ramailah yang cuba cucuk jarum. Si Chombie ni pula ada kawan perempuan bernama Fasha Baring. Seorang siswazah jurusan Sains Biologi yang secara diam-diam merasa jaki terhadap populariti Chombie. Lantas dia pun merencana makar untuk meracun chombie melalui minuman yang dicampur dengan sebatian nitrus oksida, monosodium glutamat dan daun ketom. Dan dari sinilah segalanya bermula.
Wartawan : Kebiasaanya setiap filem berunsur seram akan ditempek label amaran untuk penonton yang mempunyai komplikasi jantung atau yang sedang hamil sebagai salah satu dari strategi pemasaran. Mengapa anda tidak melakukan yang demikian?
Pengarah : Itu startegi basi. Aku lebih menggalakkan mereka yang menghidap komplikasi jantung untuk datang menonton. Jika sewaktu menonton mereka terkena serangan jantung pasti hal itu akan menjadi hot topic akhbar-akbar perdana dan ini sekaligus membantu publisiti filem Chombie.
Wartawan : Di dalam banyak-banyak subjek mengapa anda memilih zombi?
Pengarah : Ikut suka aku lah, aku kan pengarah.... hahaha... gurau jer jangan marah. Asas utama kepada pemilihan subjek ini adalah kerana faktor khalayak. Rata-rata khalayak di sini lebih senang dengan hiburan ringan. Diaorang ni tak berapa suka nak fikir-fikir sangat. Lagipun diorang ni bukan ahli fikir. Jadi tak payahlah pening-pening buat filem yang orang susah nak faham. Contoh mudah kalau satu tambah satu sama dengan dua, jangan nak memandai-mandai bubuh tiga. Nanti orang marah. Tak pasal-pasal kena tuduh menyebar doktrin sesat. Siapa nak jawab?
Wartawan : Bukankah sesebuah karya itu harus mendidik?
Pengarah : Kalau sibuk sangat nak mendidik pegi la jadi cikgu
Wartawan : Apa akan jadi dengan industri filem kita jika karyawan hanya melahirkan karya-karya yang tidak bermutu?
Pengarah : Ada aku kisah?
Wartawan : Baiklah. Akhir sekali apakah harapan anda terhadap filem ini?
Pengarah : Aku harap filem ni dapat mengutip 40 juta dan sekaligus menyapu bersih semua anugerah dalam festival filem akan datang. Asyik diorang jer menang, kasi chance la aku pulak. Aku pun nak rasa jadi kaya.... haha... pakcik kayooo!!

No comments:

Post a Comment