Tuesday, December 28, 2010

Thursday, December 23, 2010

Wednesday, December 22, 2010

Ukhwah


Diriwayatkan oleh Muslim dalam Kitabul Birri was Shilah wal Adab, bab keutamaan cinta kerana Allah, 4/1988, no. 2567

Monday, December 20, 2010

Sawancara Filem


Wartawan : Apa khabar Prof?
Pengarah : Baik, tapi aku bukan Prof.
Wartawan : Maafkan saya. Jadi apa perkembangan anda sekarang?
Pengarah : Aku rasa badan sedikit kembang sebab terlalu banyak tidur dan makan. cadangnya tahun depan nak masuk Biggest Loser. Itu pun kalau terpilih.
Wartawan : Maksud saya perkembangan filem anda
Pengarah : ooo filem, bagus. Sekarang sedang memasuki proses dubbing ke dalam bahasa Jawa. kita bercadang untuk mendubbing filem ini lebih dari sepuluh bahasa. Untuk menunjukkan pada dunia yang kita negara multibangsa. 1Malaysia. Filem kita wajah kita.
Wartawan : Selain dari bahasa Inggeris, Melayu dan Jawa, bahasa apalagi yang akan dipilih dalam proses dubbing itu nanti?
Pengarah : Bahasa Tamil, Mandrin, Iban, Kadazan Dusun, Arab, Tagalog dan Bahasa Isyarat. Ada juga bercadang untuk dubbing dalam bahasa Parsi. Tapi khuatir nanti dituduh syiah maka segera aku matikan hasrat.
Wartawan : Boleh cerita secara ringkas sinopsis filem ini?
Pengarah : Filem ini mengisahkan tentang seorang anak mami Penang yang bernama Chombie. Dia gadis yang cantik dan baik. Menjadi kegilaan pemuda-pemuda kampungnya. Maka ramailah yang cuba cucuk jarum. Si Chombie ni pula ada kawan perempuan bernama Fasha Baring. Seorang siswazah jurusan Sains Biologi yang secara diam-diam merasa jaki terhadap populariti Chombie. Lantas dia pun merencana makar untuk meracun chombie melalui minuman yang dicampur dengan sebatian nitrus oksida, monosodium glutamat dan daun ketom. Dan dari sinilah segalanya bermula.
Wartawan : Kebiasaanya setiap filem berunsur seram akan ditempek label amaran untuk penonton yang mempunyai komplikasi jantung atau yang sedang hamil sebagai salah satu dari strategi pemasaran. Mengapa anda tidak melakukan yang demikian?
Pengarah : Itu startegi basi. Aku lebih menggalakkan mereka yang menghidap komplikasi jantung untuk datang menonton. Jika sewaktu menonton mereka terkena serangan jantung pasti hal itu akan menjadi hot topic akhbar-akbar perdana dan ini sekaligus membantu publisiti filem Chombie.
Wartawan : Di dalam banyak-banyak subjek mengapa anda memilih zombi?
Pengarah : Ikut suka aku lah, aku kan pengarah.... hahaha... gurau jer jangan marah. Asas utama kepada pemilihan subjek ini adalah kerana faktor khalayak. Rata-rata khalayak di sini lebih senang dengan hiburan ringan. Diaorang ni tak berapa suka nak fikir-fikir sangat. Lagipun diorang ni bukan ahli fikir. Jadi tak payahlah pening-pening buat filem yang orang susah nak faham. Contoh mudah kalau satu tambah satu sama dengan dua, jangan nak memandai-mandai bubuh tiga. Nanti orang marah. Tak pasal-pasal kena tuduh menyebar doktrin sesat. Siapa nak jawab?
Wartawan : Bukankah sesebuah karya itu harus mendidik?
Pengarah : Kalau sibuk sangat nak mendidik pegi la jadi cikgu
Wartawan : Apa akan jadi dengan industri filem kita jika karyawan hanya melahirkan karya-karya yang tidak bermutu?
Pengarah : Ada aku kisah?
Wartawan : Baiklah. Akhir sekali apakah harapan anda terhadap filem ini?
Pengarah : Aku harap filem ni dapat mengutip 40 juta dan sekaligus menyapu bersih semua anugerah dalam festival filem akan datang. Asyik diorang jer menang, kasi chance la aku pulak. Aku pun nak rasa jadi kaya.... haha... pakcik kayooo!!

Sunday, December 19, 2010

So You Want To Be A Writer

By: Charles Bukowski

if it doesn't come bursting out of you

in spite of everything,

don't do it.

unless it comes unasked out of your

heart and your mind and your mouth

and your gut,

don't do it.

if you have to sit for hours

staring at your computer screen

or hunched over your typewriter

searching for words,

don't do it.

if you're doing it for money or fame,

don't do it.

if you're doing it because you want

women in your bed,

don't do it.

if you have to sit there and

rewrite it again and again,

don't do it.

if it's hard work just thinking about doing it,

don't do it.

if you're trying to write like somebody else,

forget about it.

if you have to wait for it to roar out of you,

then wait patiently.

if it never does roar out of you,

do something else.

 if you first have to read it to your wife

or your girlfriend or your boyfriend

or your parents or to anybody at all,

you're not ready.

 don't be like so many writers,

don't be like so many thousands of

people who call themselves writers,

don't be dull and boring and

pretentious, don't be consumed with self-love.

the libraries of the world have

yawned themselves to sleep

over your kind.

don't add to that.

don't do it.

unless it comes out of

your soul like a rocket,

unless being still would

drive you to madness or

suicide or murder,

don't do it.

unless the sun inside you is

burning your gut,

don't do it.

 when it is truly time,

and if you have been chosen,

it will do it by

itself and it will keep on doing it

until you die or it dies in you.

 there is no other way.

 and there never was.

Sesat

Budak lelaki itu meradak pasrah tanpa penunjuk arah. Mengorak langkah membelah belantara sunti. Sedang matahari seperti mahu berkompromi dengan bulan. Masa kian suntuk. Dia harus segera menemukan apa yang dicari. Dia perlu tabah kerana sekarang bukan waktu tepat untuk mengalah. Di sebatang pohon meranti tua dalam remang cahaya senja, dia melihat sekumpulan orang-orang yang tertunduk lelah. Dia seraya berkata "Syukur kalian masih selamat. Ayuh, kita pulang". Kumpulan orang-orang tadi memandang ke arahnya sebelum seorang dari mereka membalas "Bagaimana kau dapat membawa kami pulang sedang kau juga ikut sesat". Mayat mereka dijumpai pasukan penyelamat keesokan harinya.


Wednesday, December 15, 2010

Memar



Azam Seorang Rakyat (Certot)


Aku Azam bin Hussein (bukan nama sebenar), seorang manusia lelaki yang diiktiraf kewarganegaraannya sebagai salah seorang dari puluhan juta rakyat Malaysia. Seperti juga mahluk tuhan yang lain, aku mencari rezeki untuk melangsung hidup. Dengan beban gundukan kerja yang tak pernah surut, aku membunuh hampir 12 jam setiap hari waktu hidup didunia dengan tenggelam dalam kesibukan memburuh. Satu jam lagi telah aku ikhlaskan pada kesesakan trafik. Sebagai seorang kuli yang begoh, upah yang aku raih jauh dari berbaloi. Namun sedari kecil aku terdidik untuk selalu bersyukur. Kata orang dengan bersyukur kita akan sentiasa berasa cukup.


Terkadang, hal itu tak berlaku pada aku. Ketidak-cukupan ini tidak terbantu hanya dengan terapi syukur. Aku memerlukan dana tambahan. Pernah aku berjenin untuk merutin dengan dua kerja dalam satu hari. Tapi realiti tidak sepoyo mimpi. Sudahnya aku mengikut jejak luncai terjun bersama labu. Aku juga sempat menghadirkan idea bunuh diri dengan berkira-kira untuk meminjam dari Ah-Long. Mujur aku lekas sedar yang bunuh diri itu terangkum dalam dosa-dosa besar, pantas nawaitu tersebut aku kuburkan. Buntu dan pasrah serentak. Bertiwikrama menjadi fatalis.

Sepanjang satu tahun yang memiliki 12 bulan, aku condong memilih December sebagai bulan yang paling nyaman. Alasannya mudah, Bonus. Habuan yang melebur keluh-kesah sepanjang tahun. Dan keterujaan menempuh tahun baru bersama harapan baharu. Sudah menjadi rasmi adiwangsa di sini apabila masuk tahun baru, maka perlu ada azam baru. Tidak sedikit pula yang bergelintar menemukan bintang horoskop untuk mengetahui untung nasib masing-masing. Aku kurang periksa apa sangkut paut tarikh lahir dengan nasib? Mengapa azam perlu diperbaharui setiap tahun? Dan lebih pelik mengapa harus menanti hingga muncul tahun baru? Untuk kelihatan kool dan trendy maka aku ikut merai tanpa basa-basi.

Untuk tahun baru ini, aku telah menggariskan beberapa strategi yang terilhamkan dari saranan pemimpin kita yang satu. Berjimat-cermat dan mengubah gaya hidup. Inilah azam aku untuk menempuh tahun hadapan sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Di bawah ini aku jelmakan secara terperinci strategi yang telah dirangka berdasarkan kajian, pemerhatian dan jangkaan sembrono.  


1) Menjimatkan Penggunaan Air
  • Memanfaatkan sepenuhnya kemudahan tandas di pejabat untuk kegunaan mandi (kecuali mandi bunga dan mandi tolak bala), membasuh dan minum. Ini bagi menjimatkan bil air dirumah dan sekaligus membantu kerajaan dalam meminimumkan risiko berlakunya krisis air. 
  • Untuk yang tinggal berdekatan sungai, bolehlah menjadikan sumber tersebut sebagai pilihan utama seperti mana halnya Sungai Gangga. Namun perlu berhati-hati kerana risiko berkemungkinan tercemar dengan kencing tikus dan kecing orang adalah sangat tinggi.
  • Bagi yang muslim, disaran berwuduk dan bersolat di masjid. Disamping berjimat kita juga dapat mengimarahkan kembali masjid yang sekian lama terbiar lengang.

2) Beralih kepada sumber yang lebih mesra alam bagi menggantikan kuasa elektrik

  • Menternak kelip-kelip di dalam rumah bagi mengganti kuasa elektrik yang dijangka akan naik tarifnya selepas pilihanraya. Selain dapat melambatkan pemanasan global, kelip-kelip ini juga boleh dijadikan daya tarikan pelancongan oleh homestay-homestay yang mengambil bahagian.
  • Menggunakan lampu dynamo yang banyak terdapat pada basikal-basikal lama dengan sedikit penambahbaikan ia dapat berfungsi seperti basikal di gym. Dengan itu setiap kali ingin terang kita terpaksa mengayuh mengikut masa tertentu. Ini dapat menyumbang kepada kesihatan jantung yang kebelakangan ini menjadi punca kematian mengejut banyak orang.

3) Mengurangkan kebergantungan kepada bahan bakar petroleum dengan mengamalkan cara hidup sihat

  • Berlari-lari anak ke pejabat/Berjalan Kaki. Dengan cara ini kita dapat mengurangkan kebergantungan terhadap bahan bakar petroleum yang semakin meningkat harga. Disamping dapat mengurangkan kesesakan dan pencemaran, kita dapat melahirkan atlit marathon dan pejalan kaki bertaraf olimpik agar dapat menyumbang emas untuk sukan olahraga yang mutakhir ini seperti hidup segan mati tak mahu. Jika impian itu dirasa terlalu menggunung, setidak-tidaknya kita dapat melahirkan rakyat yang sihat sejahtera. (Tak perlu lagi mereka menggelinjang berpoco-poco untuk kekal sihat)
  • Bagi yang punya sedikit kemampuan, bolehlah berbasikal ke pejabat. Bukan sahaja cepat dan murah tetapi kita juga dapat mengurangkan kematian anak-anak muda di jalanraya akibat ketagihan merempit. Mereka rata-ratanya berbangsa melayu yang secara tidak langsung merupakan aset penting dalam meneruskan kesinambungan aspirasi Ketuanan melayu. Bukan itu sahaja, dengan pendekatan ini PKBM juga dapat mencungkil bakat terpendam sebelum digilap menjadi bintang seperti Mohd Azizul Hasni Awang.

4) Mengelakkan dari mengkonsumsi gula

  • Jika dilihat dari mitos-mitos tentang gula yang berlegar atau segaja disebar terdengar banyak buruk dari baik. Obesiti dikait dengan gula. Diebetes disebabkan gula. Gigi rosak akibat gula. Gula membuat anak-anak hiperaktif. Gula menyebabkan ketagihan. Semua salah gula. Jadinya tindakan pantas kerajaan menaikkan harga gula sangat bertepatan. Maka cara terbaik mengurangkan pengaruh gula dalam kehidupan seharian adalah dengan memperbanyakkan puasa. Berpuasalah sepanjang hari bekerja selain baik untuk kesihatan ianya juga menjimatkan perbelanjaan isi rumah.
  • Menjadi vegetarian seperti lembu dan kambing. Memakan sayur-sayuran secara alami seperti pucuk paku, salad, ulam pegaga, ulam raja, petai, jering dan rumput-rampai. Ini bukan sahaja baik untuk badan tetapi juga dapat memberi peluang kedua kepada penjenayah yang suka meragut kerana desakan hidup dan kurang makan. Dengan usaha ini mereka boleh mengubah tabiat dari meragut orang kepada meragut rumput.
  • Dengan perkembangan pesat bioteknologi kita kemudiannya dapat mengkomersialkan tahi-tahi vegetarian tadi menjadi baja sebelum dieksport ke negara-negara eropah sebagai produk bertaraf glokal.

Berontak Insomnia



Cita-cita




Lokasi: Bilik darjah


A: Kawan, umur awak berapa tahun?

B: 10 tahun. Awak?

A: Sama lah, dah kita satu kelas.

B: Habis tu kenapa tanya?

A: Saja. Kenapa awak jawab?

B: Dah awak tanya, saya jawab la...

A: Siapa suruh awak jawab?

B: ???? (gila kot budak ni)

A: Awk suka sekolah?

B:.... (baik aku diam)

A: Diam tu tandanya suka

B: Siapa cakap?

A: Mak saya cakap

B: Mak saya pun pernah cakap macam tu jugak

A: Kita tak suka sekolah, lagi best duduk rumah

B: Kenapa awak tak suka sekolah?

A: Sebab cikgu selalu bagi banyak kerja rumah

B: Tapi kalau tak sekolah macam mana nak pandai?

A: Abang kita selalu pergi sekolah tapi tak pandai-pandai pun. Dia selalu kena marah dengan ayah sebab report card banyak merah. Ayah cakap dia bodoh.

B: Betul ke ni?

A: Betul tak tipu. Tipu dosa, mati seksa!

B: Awak ada cita-cita?

A: Ada. Awak?

B: Saya pun ada

A: Awak nak jadi apa dah besar nanti?

B: Saya nak jadi Polis

A: Kenapa awak nak jadi Polis

B: Kalau jadi polis saya dapat pistol dan boleh tembak semua orang jahat. Biar padan muka diorang!

A: Tapi klu orang jahat tu ada pistol?

B: Saya letupkan orang jahat tu guna bom.

A: Fuhh! terror la awak ni

B: Awak pulak dah besar nanti nak jadi apa?

A: Kita nak jadi Perdana Menteri

B: Kenapa awak nak jadi Perdana Menteri?

A: Klu kita jadi PM boleh duduk kat Putrajaya. Dapat rumah besar, pejabat besar, kereta besar, dan segala-galanya besar. Duit pun banyak. Kita akan bawa keluarga duduk sana sekali. Jadinya ayah, ibu dan abang kita tak payah lagi tinggal kat rumah flat yang kecil tu. Kita boleh amik awak jadi bodyguard kita. Lepas tu kita belanja semua kawan-kawan, termasuk awak. Suka tak?

B: Suka.