Thursday, August 11, 2011

Wednesday, August 3, 2011

Malaikat Kecil

Kelmarin lewat mimpi aku melihat ada malaikat kecil ditaman langit. Dengan sayap indah mengepak bebas. Sesekali terbang melayang menembus awan. Aku sempat terhibur sebelum melontarkan senyum dengan kornea berduri. Mata kami bertemu. Hati kami menyatu. Dia melayah rendah sebelum hinggap dibahu.

Mendesiskan sesuatu yang tidak jelas.

Aku pohon diulang semula.

Dia tersenyum. Manis tentunya. Sebelum kembali berbisik;

“Abi, jangan berdukacita, Tuhan ada bersama kita”.


sumber gambar : google image

Tuesday, August 2, 2011

Eraser


I used the eraser,

dragging it across my mind to forget about you,

but I went to far and forgot about me.


Written by @VeryShortStory

pix stolen from: google image

Puasa

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Ogos. Sekali lagi tuhan bagi aku peluang berjumpa Ramadhan walaupun hutang yang lepas masih tertunggak. Tapi tahun ni aku dah pasang tekad, nak puasa penuh (dulu pun cakap macam tu jugak, tapi haram!). Tak, kali ni betul. Sungguh tak main-main.

Cerita pasal puasa ni teringat kisah kawan kelas aku masa darjah empat. Terus terang mamat ni memang tak hensem. Seksi jauh sekali. Kaki auta dan merapu paling mahsyur. Sebut je nama Rosmady, satu sekolah kenal. Kalau ade yang tak kenal, orang tu bukan sekolah aku.

Nak jadikan cerita satu hari tu dalam bulan puasa, dengan cuaca yang panas terik semua budak kelas dipaksa pergi surau untuk solat Zohor berjemaah. Semua merungut penat. Berjalan pun malas-malas. Tapi si Rosmady ni aku tengok cergas semacam. Bersaranglah buruk sangka dalam jiwa. “Budak ni mesti tak puasa”. Getus aku dalam hati.

Aku perhatikan dia meluru ke tempat wuduk. Dengan penuh tawadhuk, dia memulas kepala paip sambil kedua tapak tangan menampung curahan air. Di dekatkan mulutnya yang tersergam gigi mancung itu ke telapak tangan. Aku kira dia mahu berkumur. Telahan aku meleset. Air yang masuk menyentuh kerongkong hilang tak berjejak. Ciss!

Aku terus menyergah dia yang khusyuk membasah tekak. Aku terangkan segala perbuatan dia yang aku nampak. Tapi dia masih berwajah selamba. Tiada sekelumit pun rasa bersalah. Dengan tenang dia mengeluarkan fatwa “ Boleh minum tapi jangan lebih tiga kali”. Aku tercenggang sekejap. Antara percaya dengan tidak. Sebelum aku ikut terjerumus dalam ranah taklid buta.

Gila!

Monday, August 1, 2011

Puisi Tak Berjudul


Suatu hari kutemukan

burung di sangkar termenung membungkam

aku bertanya dan dengan sedih dia mengatakan

Mereka yang melupakan Tuhan

tak berhak mendengar burung bernyanyi


-Kuntowijoyo-

sumber gambar : google image