Budak lelaki itu meradak pasrah tanpa penunjuk arah. Mengorak langkah membelah belantara sunti. Sedang matahari seperti mahu berkompromi dengan bulan. Masa kian suntuk. Dia harus segera menemukan apa yang dicari. Dia perlu tabah kerana sekarang bukan waktu tepat untuk mengalah. Di sebatang pohon meranti tua dalam remang cahaya senja, dia melihat sekumpulan orang-orang yang tertunduk lelah. Dia seraya berkata "Syukur kalian masih selamat. Ayuh, kita pulang". Kumpulan orang-orang tadi memandang ke arahnya sebelum seorang dari mereka membalas "Bagaimana kau dapat membawa kami pulang sedang kau juga ikut sesat". Mayat mereka dijumpai pasukan penyelamat keesokan harinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment